bannerucap

                                               datoghazali

Dato'Ghazali bin Dato' Mohd. Yusoff DPTJ., DMM., DNs., PJK merupakan seorang tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan lestari. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Geografi daripada Universiti Malaya dan Pengurusan Awam daripada Henley Administrative Staff College, United Kingdom merupakan anak jati Alor Gajah Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Anderson School, Ipoh dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Memulakan karier di Dunlop Malaysia Industries Berhad (1968-81) sebagai Pengurus Awam dan kemudiannya menjadi Eksekutif Ketua Kumpulan Arab-Malaysian Bank bagi tempoh 1981-83. Pada tahun 1983 beliau telah membuka perusahaan sendiri Nusantara Technologies Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor.

Dato’ Ghazali juga aktif menyumbang tenaga dengan memegang jawatan penting sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA); Ahli Jawatankuasa Teknikal, SIRIM untuk Perlabelan Alam Sekitar ISO 14000 (TC3); Pengarah Eksekutif Kehormat, Majlis Perniagaan untuk Pembangunan Lestari Malaysia; Panel Penasihat Isu Tenaga, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Naib Presiden, Majlis Pembangunan Kebajikan dan Sosial, Selangor; Naib Presiden Majlis Pembangunan Kebajian dan Sosial Negara; Ahli Majlis Selangor Cheshire Home; Naib Presiden Pure Life Society; Presiden, Majlis Pemulihan Malaysia; Ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara; Penasihat dan Ahli Kehormat Majlis Pelancongan Sukan Malaysia; dan juga sebagai Ahli Jawatankuasa Plan Pengukuhan Strategik untuk Libatsama Universiti-Industri/Komuniti.

 

bannerucap

 

                                           ruslan

Ruslan Rainis adalah Profesor Sains Maklumat Geografi di Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang., Malaysia.  Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah [PhD] dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Ohio State University, Amerika Syarikat. Beliau telah terlibat dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan dalam pelbagai aspek Sistem Maklumat Geografi [GIS],  penderiaan jauh, perancangan bandar/persekitaran, geografi perniagaan dan sains sosial serta kemanusiaan spatial. Dr Ruslan telah menulis beberapa buah buku dan menerbitkan artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau adalah Ahli Lembaga Editorial Applied Spatial Analysis and Policy (Springer), Planning Malaysia, Malaysian Journal of     Remote Sensing and GIS dan International Journal of Environment, Society and Space (IJESS) serta beberapa jawatankuasa kebangsaan yagn berkaitan dengan data spatial dan GIS seperti Jawatankuasa Pemetaan dan Data  Spatial Negara dan Jawatankuasa Standard  GIS Kebangsaan. Beliau juga merupakan ahli kepada pelbagai inisiatif antarabangasa termasuk Geo for All dan Open Smart Cities.