Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan berterusan. Ia bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang. Satu mercu tanda kemanusiaan tercapai baru-baru ini, apabila pada 25 September 2015, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan “Matlamat-matlamat Pembangunan Lestari 2030” (SDG) bagi menggantikan “Matlamat-matlamat Pembangunan Milenium” yang telah tamat tempohnya.Matlamat SDG adalah lebih tinggi, iaitu bukan sahaja mengurangkan, tetapi menghapuskan kemiskinan; dan memasukkan tuntutan-tuntutan baru seperti peluang-peluang inklusif dan kesaksamaan gender, keamanan serta keadilan untuk semua.Pembangunan lestari telah diterima sebagai objektif utama untuk polisi awam dan pembuatan keputusan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia di kebanyakan negara pada masa kini. Tema Pembangunan Lestari dapat mengetengahkan pengetahuan yang diperlukan dan berguna dalam memahami hubungan antara perubahan alam sekitar dengan pembangunan dan kesejahteraan hidup manusia.

 

Penyertaan

Persidangan ini terbuka kepada semua ahli akademik, pelajar, penyelidik, pembuat dasar dan orang awam yang berminat dalam isu pembangunan lestari.

 

Panel Institusi

Pihak urusetia juga ingin menjemput institusi, universiti atau agensi yang berminat untuk mengadakan sesi khusus bagi membincangkan hasil penyelidikan untuk sesi institusi. Cadangan untuk sesi institusi ini harus dihantar bersama dengan keterangan ringkas tentang sesi yang ingin diadakan dan abstrak semua kertas kerja yang akan dibentangkan. Jumlah kertas kerja yang layak untuk pembentangan sesi institusi adalah di antara 3-5 kertas kerja.

 

 Tarikh Penting

Penghantaran abstrak 30 November 2016
Penerimaan abstrak 1 Dsember 2016
Penghantaran artikel lengkap 10 Disember 2016
  Tarikh persidangan   23 - 24 Februari 2017